Pendidikan awal Rina_Mohd_Harun

Beliau dibesarkan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 1, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) dalam Diploma dalam Pengajian Perbankan. Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.